Maklumat Penghantaran / Delivery Info.

Semua penghantaran adalah dari Turki ke Malaysia atau mana-mana destinasi dunia. Sekiranya kami menghantar pesanan bukan dari Turki, kami akan maklumkan kepada pelanggan dari mana kami membuat penghantaran. Seperti jika kami pulang membawa benang ke Malaysia, penghantaran akan dibuat dari Malaysia. Namun pada hari-hari biasa, kami membuat penghantaran terus dari Turki.

Kami menggunakan pos berdaftar dari syarikat penghantaran PTT atau Turkish National Post. Penghantaran antarabangsa biasanya mengambil masa sekitar 11 - 21 hari, dan ada kala sehingga 28 hari sekiranya barang tersebut ditahan di bahagian kastam Malaysia. Tetapi kebiasaannya, hanya mengambil masa sekitar 2 minggu sahaja. 

Jangan risau, setiap penghantaran disertakan nombor tracking. Selepas seminggu barang dihantar, anda sudah boleh menggunakan nombor tracking yang diberi untuk memeriksa status penghantaran di laman web Pos Malaysia Berhad.

Kami akan memastikan semua proses penghantaran dibuat dengan kemas dan betul sehingga penyerahan kepada pihak pos. Setelah memberi nombor tracking kepada pelanggan, kami tidak lagi bertanggungjawab jika berlaku kelewatan atau kehilangan yang bukan disebabkan oleh pihak kami. Sekali lagi ditegas, kami tidak bertanggungjawab atas permasalahan yang dilakukan oleh pihak pos. Walau bagaimana pun, anda tidak perlu bimbang kerana kes kehilangan sangat jarang berlaku.

Sekiranya berlaku kesilapan pengeposan barang di pihak kami, kami akan bertanggungjawab dengan memulangkan pembayaran kepada pihak pelanggan, atau menggantikan semula dengan kiriman yang baru, bergantung kepada budi bicara antara pihak kami dan pihak pelanggan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di mengait@gmail.com.